Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 30 September 2022

Jawatan Kosong 2022 di Pusat Kutipan Zakat Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Jawatan Kosong 2022 di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Latar Belakang

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang. 
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT (TETAP - LELAKI 3)

Syarat Kelayakan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat:-

a. Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
b. Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
c. Lulus Matematik atau Akaun.

ii. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama atau Perakaunan atau kemahiran penggunaan media sosial.


2. PEMANDU (KONTRAK - LELAKI 1)

Syarat Kelayakan: 

i. Memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat:-

a. Kepujian dalam Bahasa Melayu;
b. Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam;
c. Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D (memiliki lesen GDL diutamakan); dan
d. Berkebolehan memandu, mengenali dan menyelenggara kenderaan berkenaan. Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan PKZ Pahang.


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2022 (Jumaat)