Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Kubang Pasu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai " Kubang Pasu Darul Qiyyam " atau " Negeri Yang Teguh Berdiri ".
Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.
Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:
1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang- kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 ( Sistem Voltan Rendah ) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang- kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 ( Sistem Voltan Rendah ) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
i) A0/A1 : RM1,435.12
ii) A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
iii) B0-2/B0-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
2. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
Syarat Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
i. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1, 377.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1, 435.12); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1, 435.12); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM
Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1, 493.24); atau
v. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1, 493.24)
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 29 September 2022 ( Khamis )