Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)
Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.
Majlis Daerah Kuala Krai mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.
Bilangan penduduk kawasan Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 1980 ialah seramai 47,009 orang dan pada tahun 1986 ialah seramai 53,041 orang berasaskan kadar pertumbuhan 2 % setahun dalam tempoh 6 tahun. Tetapi selepas tahun 1986 kadar pertumbuhan meningkat kepada 3 % menjadikan jumlah penduduk pada tahun 1991 meningkat kepada 63,331 orang. Pada tahun 2005 jumlah penduduk kawasan Majlis adalah seramai 103,294 orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4 %
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:
1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
4. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
6. PEMANDU KENDERAAN H11
7. PEMBANTU AWAM H11
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Cara memohon:
a. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman facebook rasmi Majlis Daerah Kuala Krai atau dengan mengimbas QR kod di bawah :
b. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
c. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA KRAI
KM 1, JALAN KUALA KRAI – GUA MUSANG,
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
*Sila rujuk maklumat lengkap kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2022 (Khamis)
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan