Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Muzium Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.
Sejarah
Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah.
Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai tahun 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah. Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette.
Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.

Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:
1. PEMBANTU MUZIUM S19
2. PEMANDU KENDERAAN H11
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2022 (Ahad)
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kedah