Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 7 Disember 2021

Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Sejarah 
Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, "The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance" telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. RANJER HIDUPAN LIAR (KONTRAK)


Syarat Kelayakan:
  • Orang awam yang bermastautin dalam mukim yang dinyatakan dalam borang permohonan sahaja
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Tiada rekod jenayah
  • Boleh bekerja mengikut jadual yang ditetapkan
  • Berdisiplin dan boleh bekerja secara berpasukan
  • Telah lengkap 2 dos vaksin covid-19

Calon yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang permohonan seperti pautan berikut: https://forms.gle/sTA2ELEcuqrgXKaF9 (klik link yang admin sediakan di bawah).  Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Disember 2021 (Selasa). Pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh diajukan melalui emel di alamat kamsul@wildlife.gov.my atau menghubungi Unit VetOA di talian 03-9086 6818.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2021 (Selasa)