Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional
TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan sematamata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.
Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. PENAKSIR AR-RAHNU (KUALA NERUS)
2. PENAKSIR AR-RAHNU (WANGSA MAJU)
3. PENAKSIR AR-RAHNU (TANAH MERAH)
Tugasan:
- Menjalankan tugas harian sebagai penaksir emas di cawangan;
- Mengendalikan aktiviti perniagaan / jualan dan pemantauan di cawangan;
- Memantau sasaran cawangan, mencadangkan pelan tindakan untuk mencapai sasaran cawangan;
- Menyelia, mengendalikan dan memantau aktiviti promosi produk;
- Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Jabatan / Pengurus Cawangan / Penolong Pengurus Cawangan;
- Boleh bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan;
- Berdisiplin dan mematuhi undang-undang dan polisi syarikat; dan
- Berpenampilan kemas dan menarik.
Syarat kelayakan:
- Terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja;
- Lulus SPM
- ( WAJIB Kredit Bahasa Melayu DAN LULUS Matematik);
- Keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan dan menguruskan jual beli emas;
- Berumur 21 tahun ke atas hingga 45 tahun sahaja;
- Mempunyai lesen memandu (B2 atau D); dan
- Calon dihendaki untuk kerja luar (Sekiranya perlu).
- Sertakan RESUME TERKINI.
Makluman:
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
Tarikh Tutup Permohonan : 11 November 2021 (Khamis)
Klik Untuk Mohon Secara Online (myfuturejobs)
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
Tarikh Tutup Permohonan : 11 November 2021 (Khamis)
Klik Untuk Mohon Secara Online (myfuturejobs)