Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.
Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF KOMERSIAL
Taraf Jawatan : Contract for Services (CFS)
Skala Bayaran Perkhidmatan : RM 7,000.00 – RM 30,000.00
Bidang/ Kelayakan Khusus
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Bahasa Melayu
Kepujian di peringkat SPM/SVM
Tempoh Pengalaman
10 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu RAC meningkatkan aktiviti-aktiviti komersial bagi menjana pendapatan berterusan dengan membangunkan Pelan Strategik Pemasaran dan Promosi bagi menjana pendapatan RAC bagi mencapai aspirasi berikut:
a) Memberikan pulangan hasil kepada RAC secara berterusan melalui janaan pendapatan daripada aktiviti-aktiviti komersial yang baharu;
b) Memastikan aset-aset RAC dapat dikomersialkan secara lebih optimum dengan
menyasarkan kos penyelenggaran rendah;
c) Melaksanakan kajian terhadap pelaksanaan Station Naming Rights di stesen keretapi yang mempunyai ridership yang tinggi; dan
d) Melaksanakan kajian keperluan untuk mewujudkan RAC Master Franchising seperti di stesen keretapi bagi setiap negeri di Malaysia dengan menyasarkan kepada pulangan hasil yang tinggi kepada RAC.
Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/. (link admin ada sediakan di bawah)
Lokasi Pejabat:
Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor
Tarikh Tutup Permohonan:
Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2021 (Khamis). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my
Catatan Am:
i. Calon-calon yang BERJAYA sahaja akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 6 bulan; dan
ii. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2021 (Khamis)
Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
Klik Mohon Secara Online
Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
Klik Mohon Secara Online