Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 10 Oktober 2021

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


Panduan Permohonan

Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

Setelah permohonan lengkap diisi,

a) sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

b) sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);

c) dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;

d) pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj)

Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjob.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

9. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2021 (Ahad)


Klik Untuk Baca Iklan Perjawatan


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html