Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 30 September 2021

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUTERA ELEKTRIK GRED J41


Syarat Wajib Permohonan:

i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM
(Sekurangnya Gred C atau yang diiktiraf setaraf dengannya)




Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/. (link admin ada sediakan di bawah)

Lokasi Pejabat:
Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor

Tarikh Tutup Permohonan:
Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September 2021 pukul 12.00 tengah hari.
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my

Catatan Am:
i. Calon-calon yang BERJAYA sahaja akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 6 bulan; dan
ii. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021 pukul 12.00 tengah hari.


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Mohon Secara Online