Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 Jun 2020

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Kedah
Jawatan:

1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED SETARA 19


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

( a ) Warganegara Malaysia;

( b ) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

( c ) i). Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

ii). Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii). Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iv). Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

( d ) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.   


Panduan/Cara Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semua permohonan beserta salinan sijil-sijil hendaklah dikemukakan secara atas talian (online). Borang permohonan yang lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke atas talian seperti di bawah:-

Alamat Emel : jobs@lada.gov.my

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang ditolak;

- Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran pasport seperti ditetapkan;

- Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;

- Tidak lengkap dan tidak terang;

- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

- Tidak menandatangani borang permohonan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2020 (Selasa)


Klik Untuk Muatturun Maklumat Perjawatan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan