Jawatan Kosong 2018 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Latar Belakang
Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.
Like Page Khas - Kerja Kosong di PerakJawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N41 - 2 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 - 1 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 - 2 Kekosongan
4. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 8 Kekosongan
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 6 Kekosongan
6. PEMBANTU AWAM H11 - 250 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Disember 2018