Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - 10 Oktober 2018

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Latar Belakang

Selamat datang ke laman sesawang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Diharapkan laman sesawang ini akan memberi anda maklumat yang terkini mengenai sektor perkayuan di Malaysia. Saya berharap agar deklarasi yang disediakan di dalam laman web ini dapat memenuhi keperluan anda walau di mana jua anda berada.

Laman sesawang MTIB bukan hanya mempunyai maklumat yang berkaitan dengan MTIB tetapi juga pelbagai statistik yang komprehensif dan data lain mengenai aspek-aspek penting mengenai industri kayu Malaysia.

Laman sesawang ini akan membantu dalam menguatkan rangkaian antara pengusaha dan pengguna kayu serta untuk mempercepat perluasan pasaran bagi kayu dan produk kayu.  Secara keseluruhannya, ia bertujuan untuk menghasilkan industri kayu Malaysia lebih berjaya dan untuk meningkatkan sumbangan sosial-ekonomi negara.



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI  E41

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

6. PENOLONG AKAUNTAN W29

7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 

8. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29

9. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

11. PEMBANTU TADBIR (P/ O) N19

12. PEMBANTU OPERASI N11


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara muat turun borang permohonan melalui portal korporat www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my . Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Pengurusan Sumber Manusia) di alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235 Samb. 1227/1228


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2018 (Rabu)