Jawatan Kosong 2018 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Latar Belakang
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.
Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.
Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.
Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala LumpurJawatan:
1. PENOLONG EKSEKUTIF GRED EP19
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
(d) Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada dua (2) tahun di dalam bidang Pemasaran di sektor awam atau swasta;
(e) Mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pemasaran;
(f) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik,
(g) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel;
(h) Keutamaan kepada calon lelaki dan sihat tubuh badan; serta
(i) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Bidang Tugas:
i. Membantu Pengurus Pemasaran dan Eksekutif Pemasaran dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pemasaran; dan
ii. Membantu Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit dan Eksekutif Pemasaran di dalam urusan dokumentasi dan pengkeranian serta jualan produk-produk IKIM.
Cara Permohonan:
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-62046304 Faks: 03-62014189
Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.
* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 04 Oktober 2018 (Khamis)