Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Malaysia - 31 Ogos 2018

Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Stadium Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Stadium Malaysia

Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Stadium Malaysia

Latar Belakang

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). PSM berfungsi mengurus dan menyelenggara kompleks dan arena sukan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kompleks dan arena sukan yang berada di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. Jurutera J41

2. Akauntan W41

3. Penolong Jurutera J29

4. Penolong Pegawai Tadbir N29

5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

6. Pembantu Awam H11


Cara Memohon:

Borang permohonan boleh didapati dari laman sesawang www.stadium.gov.my atau UNIT SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, PERBADANAN STADIUM MALAYSIA, L2-E-8 ENTERPRISE 4, TECHNOLOGY PARK MALAYSIA, 57000 BUIT JALIL, KUALA LUMPUR

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan kursus/aktiviti yang pernah disertai yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun, penguasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sila pastikan salinan kenyataan perkhidmatan dikemaskini/laporan penilaian prestasi tahunan terkini disertakan bersama.

Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan tuan/puan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan/maklum balas dari tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup
Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dikirim kepada :-

          KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
          PERBADANAN STADIUM MALAYSIA
          L2-E-10 Enterprise 4
          Technology Park Malaysia
          57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengurus Sumber Manusia ditalian 03-8992 0816


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Ogos 2018 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan