Jawatan Kosong Terkini 2018 di Lembaga Muzium Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.
Sejarah
Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB
Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah.
Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai tahun 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah. Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette.
Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.

Like Page Khas - Kerja Kosong di KedahJawatan:
1. PEMBANTU MUZIUM GRED S19 (TETAP)
Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM 1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,408.40) atau;
*Sila baca iklan perjawatan dengan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon
Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2018 (Isnin)