Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Cara Mohon Kerja Melalui Jobstreet - Mudah & Ringkas

Cara Mohon Kerja Melalui Jobstreet - Mudah & Ringkas | Assalammualaikum semua pengunjung blog http://www.banyakjawatan.my. Hari ini admin akan tunjukkan cara memohon jawatan kosong melalui Jobstreet. Ini kerana kebanyakkan jawatan kosong yang admin update di sini adalah daripada sumber Jobstreet, jadinya admin mendapat banyak persoalan atau rungutan juga daripada pengunjung blog bagaimana nak apply, tunjukkan cara mohon, dan macam-macam lagi. Sebelum ni admin memang ajar sorang-sorang, jadi ada baikknya admin tunjukkan dalam satu posting ini. 


Lepas ni admin akan letakkan link pada tiap-tiap syarikat atau jawatan kosong yang admin update yang bersumberkan jobstreet. Moga ianya bermanfaat untuk semua. Oh, sebelum tu admin nak bagitahu, admin tunjukkan cara ini adalah secara ringkas sahaja. Nanti admin akan bagitahu kat mana yang perlu atau medan wajib yang perlu ada isikan yer. Jom lihat tutorial bergambar di bawah. jomm....

1. Register/Login

Yang pertama dah tentulah kena login dulu kan. Mana-mana yang belum mempunyai akaun dengan jobstreet kenalah buat dulu yer, sebab dalam ni banyak anda kena isi dan upload. Login atau Sign up di sini


So kat sini anda pilih sahaja nak login melalui Facebook atau buat satu akaun khas dengan jobstreet. Admin cadangkan agar anda sign up satu akaun dengan jobstreet kerana itu lebih bagus dan baik bagi mendapatkan kerja. Lepas dah isi semua dan klik Sign Up. Ingat isi nama sebenar yer. Jangan gatal letak nama gelaran anda yang konon hispter tuh.. kena reject awal-awal nanti.. kakaka..


2. Pilih Ada Pengalaman Kerja atau tidak

Lepas tu kat sini pilih mana satu dan isi apa yang dia nak dalam kotak-kotak tu then klik Next



3. Isi Latar Belakang Pendidikan

Isi semua seperti yang diminta.. klik next



4. Dia tanya work experience kan, sebab admin pilih admin ada pengalaman kerja kat part no. 2 tadi. So isi la dengan jujur dan ikhlas yer.. then klik Complete



5. Verify Akaun Anda 

Dekat email yang anda daftar kat part no.1 tadi. Masuk email, anda akan dapat email macam gambar di bawah then klik pada link biru yang panjang tu.


6. Kemaskini Akaun Anda. 

Upload gambar anda (gambar kalau boleh yang senonoh sikit yer, gambar passport ke, sebab gambar anda akan di review oleh majikan tau, so kalau letak gambar kucing apa kejadahnya..hehe) dan lain-lain info tentang diri anda. Gambar admin tu saje je, ini kan contoh..huhu. Dan yang paling penting, anda harus upload resume anda punya, bukan tokwan anda.. Wajib!!!!



7. Start Apply Kerja

So bila dah siap semua update profile anda, silakan pilih jawatan kosong yang admin update setiap hari tu, dan caranya seperti di bawah.


Kat sini, anda klik link yang admin merahkan kat atas tu, then masuk dalam jobstreet.. seperti di bawah:



Bila dah masuk dalam camni, anda pilih mana kerja kosong yang anda berkenan, then klik pada nama jawatan yang kaler biru tu.


Lepas dah baca semua responsibilities dan requirements dan padan dengan kelayakkan korang, scrool bawah, cari button APPLY NOW kaler kuning..


Lepas dah klik Apply Now tu, akan kuar camni..


Korang isi dalam kotak kaler biru tu seperti yang di minta.. recommended tu.. makna kata sangat penting. Wajib isi!! dah isi klik Submit Application.


Dah kuar camni makna dah selesai proses memohon anda melalui jobstreet. Senang kan. lepas ni kalau nak apply, just login jer jobstreet dan pilih mana-mana kerja yang berkenan. Lepas dah submit ni jangan lupa follow up pihak majikan yang anda apply tu, jangan tunggu depa call korang, memang susah r nak dapat. Tips ni... Okey tu saje tuk tutorial kali ini, diharapkan korang dimurahkan rezeki selalu dan mendapat pekerjaan yang diidamkan. Aminn...  Tolong share eh.. tq support admin selama ni. - Admin Banyak Jawatan