Jawatan Kosong Terkini 2017 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Latar Belakang
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.
Jawatan:
1. ARKITEK LANSKAP J41
2. PENOLONG AKAUNTAN W29
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
6. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
7. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
8. PEMBANTU OPERASI N11
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU AWAM H11
Cara memohon:
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my. (atau melalui link admin sediakan di bawah)
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
1 . Salinan Kad Pengenalan.
2 . Sijil Kelahiran.
3 . Sijil-sijil Persekolahan.
4 . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
5 . Salinan Lesen Memandu
( Bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 sahaja )
Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.
Tarikh Tutup Permohonan : 29 September 2017