Jawatan Kosong Terkini 2017 di Jabatan Perangkaan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia
Pengenalan
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.
Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan
Jawatan:
1. PEMBANTU PERANGKAAN GRED E17 ~ 10 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 31 January 2017
Step untuk memohon melalui Jobsmalaysia:
1. Sila laman web Jobsmalaysia (KLIK SINI)
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan kata kunci : Jabatan Perangkaan Malaysia (dan klik search).
3. Sila pilih majikan :
Majikan: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG)
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG), HULU LANGAT, SELANGOR. SEKTOR: PERKHIDMATAN HAL EHWAL KOMUNITI DAN SOSIAL LAIN
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG), HULU LANGAT, SELANGOR. SEKTOR: PERKHIDMATAN HAL EHWAL KOMUNITI DAN SOSIAL LAIN
4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online
5. Semoga berjaya semua